Thursday, April 1, 2010

precious!

Haaa mai sini mai sini abang akak adik mak cik pak cik..
yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat, asal barang jadi duit..
Huhhh ada bakat menjadi jurujual selama ini akan di dipraktikan untuk membantu seorang sahabat yang baik :)


Hari ini bukan nak cerita pasal tips mencukur bulu kaki dengan lebih licin atau tips apabila berjumpa dengan pocong ke apa benda. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang 'Precious Moment'. Bila sebut pasal precious moment, mesti sedang fikir tentang perkara yang indah indah.
Apakah perkara yang indah bagi anda? Setiap orang mempunya persepsi yang berbeza tentang kenangan indah. ada yang akan teringat pasal lagu kenangan terindah, ececeh mentang mentang baru karaoke pecah periuk lagu ni terus nak tulis kat sini. contoh lain adalah bila dapat first baby yang sangat comel, cerita pasal baby sebab exited abang long dengan kak long akan dapat baby tak lama lagi. tee hee :)
Ataupun kenangan indah indah yang pastinya kita nak abadikan supaya kelak boleh dikongsi bersama anak cucu cicit, sambil duduk atas kerusi rotan yang malas sambil belek belek album tunang masa umur 23 tahun ngeee :D
Selepas membebel panjang baru nak bagi tahu entri ini sebenarnya untuk mempromosikan blog seorang kawan yang baik. Dulu pernah promote blog dia dekat sini, sebab dia memang seorang photographer yang berbakat dan diri sendiri sangat minat dengan photo yang dia ambil.
Masihkah kau ingat, entri yang aku tulis pasal gambar indah indah seperti Jambatan Pulau Pinang yang dah jadi macam The Golden Gate Bridge, dan sepit kayu yang aku suka sangat. Tapi kali ini lain sebab tuan punya blog sendiri yang request untuk tulis kan entri mempromosikan blog beliau. owh betapa terharu. ok boleh hentikan drama sekarang.
Beliau yang saya hura hura kan dari tadi adalah
Edzhar adalah seorang freelance photographer, yang mengambil gambar. Yeah of course. Tapi yang indah indah sahaja, so kalau korang bercadang nak bertunang, nak kawin walaupun dalam usia muda. Mestilah nak kenangan yang indah itu diabadikan, dan dapat dikongsi bersama generasi akan datang kelak. tu dia. Beliau juga (dia masih muda, hanya menggunakan kata ganti nama beliau), mengambil tempahan untuk majlis majlis lain. contoh nya seperti majlis cukur jambul, kenduri akikah, annual dinner dan yang sewaktu dengan nya.
aku sebenar nya tidak pasti if ada orang yang panggil photographer untuk majlis cukur jambul dan akikah. Tapi mana lah tahu kan, if korang berminat dengan hasil tangkapan gambar Edzhar boleh lah call beliau di talian 013-8771574 / 017- 3322881. Ok dah bubuh nombor dengan teks yang besar, so mesti boleh tengok dengan jelas. dan boleh call tanpa salah sambung ke kedai jual murtabak jawa ka apa :)

p/s: tengah buat angan angan, nanti kawen nak edzhar yang jadi photographer. haaa nampak sangat sengaja mencari diskaun :D Call him, you won't regret harga berpatutan.


Thursday, March 18, 2010

Tips Menghadapi Pocong

Huh setelah agak lama mengabaikan blog ini, kerana jiwa dan raga sangat berdedikasi terhadap ladang di dalam facebook. (kalau ada orang yang perlu dipersalah kan, I have a few in mind. Contoh nya, kakak, anak-anak buah ribena abang long dan kak long) hehehe diri sendiri tidak akan dipersalah kan, jauh sekali :)

Entri kali ini berbeza dengan entri lain, kerana akan menulis entri berkenaan dengan tips. Haaa mesti dalam hati sedang gundah gulana budak ni nak bagi tips apa sebenar nya, bukan tips mencukur bulu kaki dengan lebih licin atau pun cara-cara buang air di sungai ketika cuaca kemarau :) tiba-tiba muncul cerita ini, kerana budak-budak opis bercerita pasal kehidupan masa dulu. Buang air di sungai, guna dapur kompor (rupanya macam penunu bunsen, tapi saiz nya lebih besar) macam macam cerita, opps sori topik tersasar sedikit.
Okay, entri ini sebenarnya bertajuk Cara-cara berhadapan dengan pocong. huhh!
adakah tajuk berbunyi seram? Pocong atau nama botani/saintifik nya 'hantu bungkus', tidak boleh dimakan walaupun rupa bentuk berbungkus seperti lepat ubi atau nasik bungkus.soalan mengapa pilih hantu pocong, kenapa bukan hantu raya, langsuir atau toyol? suka hati la, blog aku kan. tee hee kasar nampak?
sebenar nya idea untuk tulis entri ini muncul setelah menonton rakaman 3gp pengalaman orang yang keluar malam untuk cari iguana berharga RM25k, tapi iguana yang dicari tidak dijumpa lain pula yang ditemukan.
sebelum bagi tips mestilah tonton video nya dulu kan. tempat dan nama individu dirahsikan okay :)


pertama sekali. Bila anda berjumpa dengan pocong, berfikir lah secara positif bahawa dia juga adalah hamba allah. Sebelum dia jadi pocong, dia pun manusia biasa macam kita jugak. Suka makan ayam goreng, tidur pada waktu malam dan sekali sekala buang angin dengan kuat. Jadi kenapa kita harus takut? ngeee mesti sekarang korang tengah berfikir kewarasan ayat saya ini.
Kedua. Korang buat tak tahu saja dengan pocong ni, dia bukan boleh buat apa pun. Tangan kaki dia terbungkus tu. Apa sangat la yang dia boleh buat, setakat loncat sana loncat sini. Alah aku boleh buat yang lagi terer, loncat loncat sambil sidai kain. Tapi kalau dalam hati korang ada keberanian, atau geram ringan ringan kan lah tangan melempang pocong tu. Tak beri peluang.
Ketiga. Masih dengan mood yang berani, cuba tarik kain dia. Mesti dia terpusing pusing pening macam mumia dalam filem, sedar sedar kain pembalut dia sudah tiada. Pasti dia lari lintang pukang tak hengat sebab malu, adakah patut pocong yang mahu takut kan orang buat adegan 18SX dengan tidak memakai baju? Sungguh tidak sopan.
Keempat. Ini adalah tips khas buat kaum perempuan. Bayangkan saja pocong itu adalah dari masyarakat yang kuno dan ketinggalan zaman. Yalah, tengok saja la dandanan nya dah macam hantu tepung gomak. Pakai bendak main tepek saja, so cadang kan lah kepada mereka cara memakai bedak asas atau foundation dengan cara yang betul. Ini adalah kelebihan kepada sesiapa yang buat jualan langsung, promote lah segala kosmetik anda yang tidak laku sebelum ini.
p/s: kepada sesiapa yang telah atau pernah mencuba idea ini, bagi lah testimoni.
Kelima. Bertawakal lah kepada Yang Maha Kuasa, kerana dia lah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, dia jugalah yang maha mengetahui segala yang tidak kita ketahui :)
p/s: telah putus asa meng'edit' supaya post boleh buat perenggan, tapi tidak tahu di mana silap nya. kalau ada idea, boleh lah kongsi.

Thursday, January 28, 2010

an update for little devil

Just a short update ya'll..
Earlier I called the besties Cristy Rubilla Bella Luna, asking her when is she coming back to town.. and she was proudly said "I'm coming home on 6th, do wait for me. and I want you to cook the corn soup I like so much full-stop" I was okay, but you have to jump to my blog read it and drop a comment or else we're not friends anymore..haha I know, saya memang sangat jahat. *ada aku kesah*
Kemudian, saya sangat bangga. Kerana sekarang Bella sudah pandai bercakap jujur, dia kata. "aku malas baca blog kau, sebab aku sakit mata" heh memang pun, kerana suka sangat warna hitam then letak pulak warna oren sebagai warna font. ini lah natijah nya kalau selalu skip masa pendidikan seni.
Tetapi kerana kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dan supaya blog lebih gemar dibaca oleh Bella. Maka saya dengan tekun telah belajar cara menukar background color, walaupun tidak pernah diajar dalam kelas pendidikan sivik *dulu dulu mana ada subjek sivik pun* dan rupa rupanya, menukar background color adalah lebih senang berbanding mencukur bulu kaki dan membezakan antara ikan sembilang dan ikan keli :)
so to dear Bella, I changed my background color supaya kau boleh baca blog ini. Rasa bangga kan bila nama disebut sebut dalam blog *sigh*

Monday, January 25, 2010

owh indahnya dunia

Hello sunshine!

I'm currently busy with works, but still the urge to post an entry is so strong so that my page won't look so stale. Its just a simple entry, about a friend and I simply want to share. A new friend my mine, and I just love his artworks!

He shoots like no other, his hands are magical. He sees things and the world through different perspective. His masterpiece are just magnificients and they made me see photography in different angle :)

Saya memang tidak tahu menahu apa apa tentang fotografi, tapi apabila melihat gambar yang diambil ia membuat hati dan mata saya mahu melihat dunia melalui perspektif yang berbeza. Pernah dengar orang kata picture worth a thousand words? begitu la kiranya saya melihat foto foto yang diambil, gambar boleh ditafsir mengikut kata hati sendiri. owh indah :)

Call him for any events! visit him at
The Nite Shooter

All the best En. Jaja, keep up the good works!

Here, some of my favourites eye-catching of Edz's masterpiece. owh mesmerizing :)








Mahu upload lebih banyak gambar yang cun cun, tapi perlu install KAV Open Space di laptop yang berlambak. owh I just love doing this, tidak rugi mereka bayar gaji tahu :)