Thursday, March 18, 2010

Tips Menghadapi Pocong

Huh setelah agak lama mengabaikan blog ini, kerana jiwa dan raga sangat berdedikasi terhadap ladang di dalam facebook. (kalau ada orang yang perlu dipersalah kan, I have a few in mind. Contoh nya, kakak, anak-anak buah ribena abang long dan kak long) hehehe diri sendiri tidak akan dipersalah kan, jauh sekali :)

Entri kali ini berbeza dengan entri lain, kerana akan menulis entri berkenaan dengan tips. Haaa mesti dalam hati sedang gundah gulana budak ni nak bagi tips apa sebenar nya, bukan tips mencukur bulu kaki dengan lebih licin atau pun cara-cara buang air di sungai ketika cuaca kemarau :) tiba-tiba muncul cerita ini, kerana budak-budak opis bercerita pasal kehidupan masa dulu. Buang air di sungai, guna dapur kompor (rupanya macam penunu bunsen, tapi saiz nya lebih besar) macam macam cerita, opps sori topik tersasar sedikit.
Okay, entri ini sebenarnya bertajuk Cara-cara berhadapan dengan pocong. huhh!
adakah tajuk berbunyi seram? Pocong atau nama botani/saintifik nya 'hantu bungkus', tidak boleh dimakan walaupun rupa bentuk berbungkus seperti lepat ubi atau nasik bungkus.soalan mengapa pilih hantu pocong, kenapa bukan hantu raya, langsuir atau toyol? suka hati la, blog aku kan. tee hee kasar nampak?
sebenar nya idea untuk tulis entri ini muncul setelah menonton rakaman 3gp pengalaman orang yang keluar malam untuk cari iguana berharga RM25k, tapi iguana yang dicari tidak dijumpa lain pula yang ditemukan.
sebelum bagi tips mestilah tonton video nya dulu kan. tempat dan nama individu dirahsikan okay :)


pertama sekali. Bila anda berjumpa dengan pocong, berfikir lah secara positif bahawa dia juga adalah hamba allah. Sebelum dia jadi pocong, dia pun manusia biasa macam kita jugak. Suka makan ayam goreng, tidur pada waktu malam dan sekali sekala buang angin dengan kuat. Jadi kenapa kita harus takut? ngeee mesti sekarang korang tengah berfikir kewarasan ayat saya ini.
Kedua. Korang buat tak tahu saja dengan pocong ni, dia bukan boleh buat apa pun. Tangan kaki dia terbungkus tu. Apa sangat la yang dia boleh buat, setakat loncat sana loncat sini. Alah aku boleh buat yang lagi terer, loncat loncat sambil sidai kain. Tapi kalau dalam hati korang ada keberanian, atau geram ringan ringan kan lah tangan melempang pocong tu. Tak beri peluang.
Ketiga. Masih dengan mood yang berani, cuba tarik kain dia. Mesti dia terpusing pusing pening macam mumia dalam filem, sedar sedar kain pembalut dia sudah tiada. Pasti dia lari lintang pukang tak hengat sebab malu, adakah patut pocong yang mahu takut kan orang buat adegan 18SX dengan tidak memakai baju? Sungguh tidak sopan.
Keempat. Ini adalah tips khas buat kaum perempuan. Bayangkan saja pocong itu adalah dari masyarakat yang kuno dan ketinggalan zaman. Yalah, tengok saja la dandanan nya dah macam hantu tepung gomak. Pakai bendak main tepek saja, so cadang kan lah kepada mereka cara memakai bedak asas atau foundation dengan cara yang betul. Ini adalah kelebihan kepada sesiapa yang buat jualan langsung, promote lah segala kosmetik anda yang tidak laku sebelum ini.
p/s: kepada sesiapa yang telah atau pernah mencuba idea ini, bagi lah testimoni.
Kelima. Bertawakal lah kepada Yang Maha Kuasa, kerana dia lah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, dia jugalah yang maha mengetahui segala yang tidak kita ketahui :)
p/s: telah putus asa meng'edit' supaya post boleh buat perenggan, tapi tidak tahu di mana silap nya. kalau ada idea, boleh lah kongsi.

No comments:

Post a Comment