Monday, December 14, 2009

KFC, aku tidak gembira

Setelah beberapa lama menangguhkan pengeposan entri (amboi amboi guna bahasa melayu ndak seberapa mau hangat), akhirnya penulis blog telah mengambil inisiatif dan mencari kekuatan untuk menulis entri ini. So, kepada rakan-rakan seperjuangan seperti hesshh malas mau sebut. Sebab you already know who you are asdfklsjdfg jadi tidak perlu tumpang glamor dengan meminta nama anda disebut dalam blog yang agak kurang pembaca ini.

Last time, telah lupa tarikh nya. I went to the only fast food outlet in this beloved hometown of mine, Ell Dey. Saja lah tu, sengaja eja LD macam tu supaya dapat bunyi hangat seperti itu. Kemudian terfikir bila la ada superhot bussineswoman akan buat proposal untuk buka McDonald di bandar sri perdana supaya rakan juruteknik Ahmad Farid Asyraf yang duduk di ceruk beruk, tak nampak sangat tinggal di hulu pedalaman bila dapat jumpa rakan-rakan *DJ dan berkampung di McD selama 10 malam berturut-turut. ngeeee :D

Okay, so I went to KFC. And it was annoying and frustrating everytime! Tahu kenapa? Kerana saya suka sangat minum hot milo wtf asdfjlk macam dah tak boleh minum milo dekat rumah, pada hal milo fuze berlambak di rak dapur. And its not the food, its not the beverages. Its the daym kfc's hot milo, yang saya suka sangat. hesshh.. everytime pergi kfc mesti minum hot milo, sumpah tak minta iced milo atau bicarbonate drinks.

Tetapi, setiap kali itu jugalah mereka mengecewakan saya. Ayat nak yang paling eye-catching jak, please la. Sumpah saya suka minum hot milo kfc sebab rasa dia lain, hmm cuba la sendiri. tapi jangan di kfc lahad datu, nanti duit tidak berbaloi. Mahu tahu lagi kenapa kfc LD sangat mengecewakan kan? Sebab mereka buat milo sangat cair! Kedekut milo sangat la kot!

Setelah perkara itu berulang-ulang, dan saya sudah penat marah marah dekat pekerja kfc. Maka saya pun mengambil inisiatif lain, supaya duit yang saya laburkan berbaloi. Oleh itu, saya pun hantar la emel kepada customer service kfc. Anda juga boleh buat begitu, sekiranya ada rungutan atau pun pujian, atau pun tidak puas hati dengan kfc. Seperti pekerja kuang ajaq etc, boleh la hantar ke customersrvice@kfc.com.my

So, below is the emel I sent regarding hot milo yang saya suka dan besarkan masalah nya sebab rasa duit saya tidak dihargai serta ingin menunjukkan yang saya orang yang ada etika, moral dan integriti tinggi. Kerana saya tidak akan marah orang tanpa sebab dan kalau mahu marah sekali pun mesti lah di landasan yang betul. Sekali lagi, tajuk emel mesti mau yang hangat jak.
Kemudian dapat balasan sangat laju, esok pagi chek emel. Dalam inbox ada emel dari kfc, hati pun rasa teruja bebelan tidak sia-sia.




Tetapi malang nya, selepas balik dari kursus. Sekali lagi pergi ke kfc yang sama untuk lihat perkembangan menerusi emel yang dihantar, order milo yang sama seperti selalu. Saya tidak melihat apa apa perkembangan atau kemajuan tentang aduan yang saya buat. Dan sesungguhnya, kfc sangat mengecewakan saya. Terpaksa jugak aku terus memarahi pekerja kfc setiap kali pergi ke sana, atau pun cari inisiatif lain seperti beli serbuk milo dalam tin paling kecik dan bawa setiap kali pergi kfc dan cuma mintak air panas segelas. Boleh kan begitu?



p/s: tolong lah bukak mcdonald, baskin robin, atau ice cream yang selalu makan dgn bella di warisan square :)


*dajai





Tuesday, November 10, 2009

Langit Yang Biru, Langit Yang Kelabu, Langit Yang Tinggi Di Atas.

Dirawikan bahawa;

Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah" sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat. Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ
Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."(Q.S. Hud:7)
Selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian dalam keadaan tersusun rapi dan berbuih. Maka darinya Allah SWT menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. Kedua-duanya amat berkait rapat dan dari situlah Allah SWT menciptakan angin sehingga ia membelah antara langit dan bumi, sebagai mana dikhabarkan Allah SWT dalam firmannya:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُون
Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit,sedang ia berasap..."(Q.S As-Sajadah:11)

Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA.
Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya.

Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu.
Langit:

-Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakan Raqi'ah.
- Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
- Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
- Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
- Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
- Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
- Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.

Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam.

Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya. Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..." (Q.S Ar-Ra'du:4)

Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.



credit to:

'iluvislam'
'iluvislam'

Friday, October 30, 2009

When words are just not enough.

It is been a while since I last posted. Well, I have some ideas to blog out but as I said time is something I don't have much. And it fled away, owh what an excuse.. Therfore, I am going to post an entry. Regarding? I like when you wonder, keep on reading.

All my life, walaupun selalu tersasul beritahu orang yang saya berumur 21 tahun, tapi sebenarnya 22. I am grateful that I'm surrounded by people who loves me which makes me love them more. tsk I want to share with all of you, list of my favourite people.


These are my favourite among all, they are my bestfriend. owh How do I explain bestfriend? Like the best friend you have? I am grateful to have them, dari bangku sekolah sehingga lah sekarang dan tidak pernah terlibat dengan gejala sosial yang biasa berlaku di kalangan remaja dan belia. Nah ambil kau, aku dapat A1 untuk B.M masa spm dan ini lah hasil nya apabila bekerja dalam kalangan orang yang berstatus cikgu sekolah atau pun yang mempunyai Diploma pendidikan atau kursus pendidikan lepasan ijazah atau entah apa apa yang anda ada untuk jadi seorang cikgu. Yes, I'm working among teachers. But I am not one. Funny isn't it.

My apologise, because there is someone is not in the picture. This picture was taken during our first reunion apa entah tiba tiba buat reunion, haha okay actually it was planned like thousand years ago. Tapi untuk tidak mengecewakan tuan ruma, I digged some pictures just to make sure she will be in this entry.



Well, she is in middle. How on earth can you have such damn funny friends? Seperti bila anda berada di tingkatan dua, anda cakap dengan abah mahu buat study group di ruma Ain, sebab exam sudah dekat dan anda sangat lemah dalam subjek sejarah. Tapi melencong pinjam basikal Ain, naik dua orang pusing pusing dekat taman permainan, lepas tu jatuh pulak depan rumah cina mana entah, kemudian ditimpa oleh budak berat di atas tu, dan rumah tu pula ada anjing garang yang tidak terikat sedang menyalak seperti mahu menerkam dan menyiat nyiat organ-organ penting anda. Justeru itu menyebabkan kawan anda lari meninggalkan anda, pada hal anda masih tertiarap di atas jalan dengan basikal yang masih menghempap saraf tunjang dengan tapak tangan halus mulus yang terluka akibat tergores jalan raya.


Trust me, when that happens. Anda tidak akan marah atau teringin rasa marah. Malah akan menjerit minta bantuan, dan lari tergopoh gapah memapah basikal sambil ketawa terbahak bahak. Dan kisah benar ini masih mampu membuat anda dan kawan-kawan anda gelak sakan tak hengat biarpun setelah 8 tahun berlalu, dan mungkin anak cucu cicit pun nanti akan tahu tentang cerita ini.


Or why on earth you have such friends, yang akan bawa anda ronda ronda naik Corolla Altis emak yang baru dibeli beberapa bulan dan masuk bengkel sebab accident kecil, kemudian boleh muatkan 6 orang dalam satu kereta dan pergi lepak di taman permainan di tepi tokong besar yang ada mini zoo? Dan masih ingat lagi, hari raya setiap tahun adalah satu kewajipan untuk bertandang ke ruma Era makan laksa sarawak emak dia yang best (tapi dia pulak tidak tahu cara memasak nya), makan kek lapis sarawak yang best juga, makan kek batik yang paling Bella gemari selepas itu pergi beraya ke rumah siapa entah. Belasah saja, atas alasan itu adalah hari raya. Fuh, days I wont regret getting along with them!

Hence, as time goes by everyone has their on path to lead. We are not together like we used to, they had to go for good. They are after their dreams, ada yang pergi untuk jadi Accountant, ada yang pergi belajar untuk jadi setiuasaha apa entah, ada yang belajar untuk jadi tauke kebun kelapa sawit bapa sendiri and eventually I make some new friends to entertain me while the others are gone. For those who reading this, please don't be surprised when I mentioned their names. I know them for quite sometimes, and we worked in the same place but we never talked much. But everything changed when Bella came back in last September teehee :D



I wont say that they are my colleagues, because we are working in total different field. But they are my friends though, otherwise I wont be mumbling about them in my blog right? The thing I like about them is, they are so funny they make joke about everything. How can you feel more lucky when in times of grieve he is there for you, seperti bila pada suatu hari abah bercadang pergi ke suatu tempat agak jauh yang sudah lama dia tidak pergi. Ditambah pula apabila setahun mungkin hanya 6 kali memandu kereta, kemudian sejak pemergian nya tidak pula menelefon ke ruma beri khabar berita. Selepas 3 hari, masih juga tidak dapat dihubungi dan berhubung. Dan terasa tension seperti segala organ penting dan badan menggeletar dan menggelabah.


And when you texted him, early in the morning dan cerita tentang semuanya. He was so calm dan cakap "tenang lah mungkin abah hanya pergi bercuti-cuti malaysia, ataupun mahu bersendirian." (apakejadahnya abah aku nak bersendirian asdhfjhasljhfdk) "Esok cuba call lagi, kalau tak dapat jugak. Baru buat police report". I was relieved for awhile, dan beberapa jam selepas itu kakak menelefon dan beritahu abah sudah selamat pulang ke rumah. Sumpah masa tu terasa seperti ingin pecut kereta laju laju, balik rumah dan marah abah sebab hp dia rosak pada masa yang tidak sesuai dan dia pula tidak hafal/ingat no telefon emak, kakak atau pun saya sendiri.


There is another one on my list, but I don't have any photo of his. He is a funny man too, he gave me this adorable name "Kechik" I prefered spell it that way if you dont mind. He always acting like a brother to me, and he keeps a saying for himself "hidup mesti simple". It is only one way or another, like win or lose. Simple.


Sometimes you wouldn't know what a true friend can do for you. As for me, I'm overwhelm with gratitude to have such wonderful people in my life and how they affected it. Dan kerana anda sayang sangat dengan kawan, anda mampu menukar warna dan saiz font post and, supaya kawan anda yang rabun dan kurang mengenal warna dapat membaca blog anda. Walaubagaimanapun I still have few people I want to put in here, its just I dont have much time to do that and please do not take it personally nor hard feeling.


xoxo,


you know you love me ♥









Friday, June 12, 2009

"good morning world!"



*the evil smirks* and the main message is, STOP CONSUMING PORK.

Hello world, or should I greet Assalamualaikum w.t.b... (give salam, but then picture of swine on top of it. Is it okay? sorry, my bad)

I watched news on TV3 this morning, and they reported the WHO declared the flu pandemic after the swine flu infecting ten of thousands of people in 74 countries. Margaret Chan (Director General of WHO) says, this pandemic should not spark panic. Oh! gosh, they have always said that. And that makes things gone worst, when you say "do not panic" that is when people start to lose self-control. I am not pointing to any side, or I should know better what is the right thing to tell people. tee hee! I am just saying that, I am panic now. But the swine flu has escalated into the world's first influenza pandemic after 40 years, the last world's pandemic was declared due to the Hong Kong's flu which occured sometime in 40 years ago.

Haiya, ini b*b* aa, sangat merunsingkan hati saya. Tetapi sudah pasti sekarang ini, sekalian b*b* di seluruh dunia berasa sangat bahagia dan dapat tidur dengan nyenyak sambil meleleh air liur di dalam kandang mereka (seperti dalam filem, the Chalotte's Web) kerana mereka tidak perlu takut disembelih untuk dijadikan makanan. Tapi mungkin akan takut disembelih kerana telah menyebabkan kematian kepada manusia, dan mesti rasa bersalah, tidak puas hati serta bertanya wtf dan jahanam punya soalan seperti:

Kenapa kami dibunuh hanya kerana menghidap selsema?

Si Bella sangat suka makan itu barbecued pork, I do not know whether she still craving for it. Do you Bell?

Wednesday, June 10, 2009

Chicky Kek Cawan!

The title must be eye-catching, even though the entry is lame! Itu lah rahsia kepada tumit kaki yang cantik, wth?! okay, on the last 28th of May. (berapa punya lama daaaa..) Me and my sister had this baking cupcakes session, those cupcakes are for his beloved hubby's birthday on 29th of May. But that time, Bella was on holiday mood and she insisted to join us for the session. (Firstly, aku memang tidak mahu mengajak beliau. Kerana dia adalah cake-monster who will eat up all cakes yang berdiri di jalan beliau.)

Hopefully, Bella will not read this. If she does, dia akan berasa marah dan akan bersilat gayong dengan selipar jepun yang ada reben merah di depan warung Lela..

oh! I forgot that in my last entry I forgot to mention who is Bella, she is my besty and she is the picture below! and those are our favourite sessions of topping the cupcakes!

Bella covering the cleaveage!

Ignore the besen behind us, we use it to drown Bella! saja bergurau manja manja. We were acting like sudah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang culinary and pastry. pergghh! ayat mesti mantap.


cupcakes for my aunty!

cupcakes for my brother-in-law's 31st birthday

And again, pls ignore the misarrangement of the cuppies. The 31st suppose to be in second line after the word 'happy'. But then, I was so happy with the outcome. Its not like the cuppies you saw in the cake shop or at the cupcake chic, but when you bake and make them for someone you care. It feels different, tanya Bella kalau tidak percaya. And suddenly I feel like cinta memenuhi udara!

and this is Bella's topping for her very own cuppies!

Well, look at the cuppies. I'll guide to, no worries.

  • The starry stars
  • The kiss
  • The sexy love
  • The what on earth is that?!

what do you think about that one? and what do you think it is? guess what, Bella was trying to draw a bikini. A roxy bikini I think..I did not know, whether she was trying to be funny, or she is born funny. But that definitely does not look like a bikini, it is more look like a triangle drawn by my nephew but it looks more funny! (sorry I could not improve the picture quality due to the picture was taken by hanphone cikai saya, yang kalau buat baling anjing liar dekat taman akan koma selama 4 hari) if not, and pasti akan terhibur dengan reka bentuk topping yang dibuat oleh Bella.

p/s: Apakah benar, sekiranya kita mengajak orang yang tengah kacau jiwa (cth: Bella) ke kediaman kita untuk membuat kek cawan versi hari jadi. Kek cawan kita akan bertukar menjadi seakan-akan kek cawan yang telah dicampur dengan minyak gamat cap Ali Kuat?

Tuesday, June 9, 2009

Oh So Random!

This time I want to blog about something I really wanted to share with all of you for so long. There is a restaurant here in Lahad Datu, to be specific it is located at Bandar Sri Perdana. (mungkin orang yang tinggal di Kelana Jaya macam Bella belum pernah sampai ke sini). I always come by to eat, of course. Takkan main congkak dengan tukang masak restauran ni pulak kan, heh!

But fine day, when I entered this restaurant. I realize something, maybe other people also did! I'll put a photo so you can see the way I did, okay hiperbola!

can you spot any flaw?

Oh come on! Look carefully, when I first saw this. I was like, heh what the heck is this.. Lets check it out




It's okay spare your time, I have made the job easier for you by highlighting the words so that you can see it clearly.What do you think? Funny isn't it? What are they trying to do actually? For heaven's sake veryone knows you cannot do direct translation from English to Malay, but if you do this is the result! And guess what, in this entry saya telah bermurah hati untuk membuat satu soalan yang menarik. Sesiapa yang dapat menjawab soalan ini dengan tepat akan mendapat tiket percuma menyaksikan persembahan Bella Luna menari inang dan zapin. Here goes the question, try to direct-translate this sentence to Malay:

I stick out like a sore thumb.



opening ceremony

Purposely letak gambar ini untuk nampak exagerrate!

huhhh!! Finally, my blog is ready to rock! I finally decided to start blogging, even though I still do not have any idea what to blog. Tetapi saya akan cuba untuk jadi kreatif, supaya blog ini seronok untuk semua orang. But to come up with my very own blog page, is not as easy as I thought..


I've read my friends' blog, and their blog is awesome I would say. In fact, for these past few days, I have been trying to place a Nuffnang ads on the side of my blog but I did not get the right way. But I hope that anyone who is reading this, would have some mercy and show me the right way..oh god please have mercy!


All in all, this is a official opening of my blog. Welcome to the blog sphere!