Thursday, April 1, 2010

precious!

Haaa mai sini mai sini abang akak adik mak cik pak cik..
yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat, asal barang jadi duit..
Huhhh ada bakat menjadi jurujual selama ini akan di dipraktikan untuk membantu seorang sahabat yang baik :)


Hari ini bukan nak cerita pasal tips mencukur bulu kaki dengan lebih licin atau tips apabila berjumpa dengan pocong ke apa benda. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang 'Precious Moment'. Bila sebut pasal precious moment, mesti sedang fikir tentang perkara yang indah indah.
Apakah perkara yang indah bagi anda? Setiap orang mempunya persepsi yang berbeza tentang kenangan indah. ada yang akan teringat pasal lagu kenangan terindah, ececeh mentang mentang baru karaoke pecah periuk lagu ni terus nak tulis kat sini. contoh lain adalah bila dapat first baby yang sangat comel, cerita pasal baby sebab exited abang long dengan kak long akan dapat baby tak lama lagi. tee hee :)
Ataupun kenangan indah indah yang pastinya kita nak abadikan supaya kelak boleh dikongsi bersama anak cucu cicit, sambil duduk atas kerusi rotan yang malas sambil belek belek album tunang masa umur 23 tahun ngeee :D
Selepas membebel panjang baru nak bagi tahu entri ini sebenarnya untuk mempromosikan blog seorang kawan yang baik. Dulu pernah promote blog dia dekat sini, sebab dia memang seorang photographer yang berbakat dan diri sendiri sangat minat dengan photo yang dia ambil.
Masihkah kau ingat, entri yang aku tulis pasal gambar indah indah seperti Jambatan Pulau Pinang yang dah jadi macam The Golden Gate Bridge, dan sepit kayu yang aku suka sangat. Tapi kali ini lain sebab tuan punya blog sendiri yang request untuk tulis kan entri mempromosikan blog beliau. owh betapa terharu. ok boleh hentikan drama sekarang.
Beliau yang saya hura hura kan dari tadi adalah
Edzhar adalah seorang freelance photographer, yang mengambil gambar. Yeah of course. Tapi yang indah indah sahaja, so kalau korang bercadang nak bertunang, nak kawin walaupun dalam usia muda. Mestilah nak kenangan yang indah itu diabadikan, dan dapat dikongsi bersama generasi akan datang kelak. tu dia. Beliau juga (dia masih muda, hanya menggunakan kata ganti nama beliau), mengambil tempahan untuk majlis majlis lain. contoh nya seperti majlis cukur jambul, kenduri akikah, annual dinner dan yang sewaktu dengan nya.
aku sebenar nya tidak pasti if ada orang yang panggil photographer untuk majlis cukur jambul dan akikah. Tapi mana lah tahu kan, if korang berminat dengan hasil tangkapan gambar Edzhar boleh lah call beliau di talian 013-8771574 / 017- 3322881. Ok dah bubuh nombor dengan teks yang besar, so mesti boleh tengok dengan jelas. dan boleh call tanpa salah sambung ke kedai jual murtabak jawa ka apa :)

p/s: tengah buat angan angan, nanti kawen nak edzhar yang jadi photographer. haaa nampak sangat sengaja mencari diskaun :D Call him, you won't regret harga berpatutan.


2 comments: