Monday, December 14, 2009

KFC, aku tidak gembira

Setelah beberapa lama menangguhkan pengeposan entri (amboi amboi guna bahasa melayu ndak seberapa mau hangat), akhirnya penulis blog telah mengambil inisiatif dan mencari kekuatan untuk menulis entri ini. So, kepada rakan-rakan seperjuangan seperti hesshh malas mau sebut. Sebab you already know who you are asdfklsjdfg jadi tidak perlu tumpang glamor dengan meminta nama anda disebut dalam blog yang agak kurang pembaca ini.

Last time, telah lupa tarikh nya. I went to the only fast food outlet in this beloved hometown of mine, Ell Dey. Saja lah tu, sengaja eja LD macam tu supaya dapat bunyi hangat seperti itu. Kemudian terfikir bila la ada superhot bussineswoman akan buat proposal untuk buka McDonald di bandar sri perdana supaya rakan juruteknik Ahmad Farid Asyraf yang duduk di ceruk beruk, tak nampak sangat tinggal di hulu pedalaman bila dapat jumpa rakan-rakan *DJ dan berkampung di McD selama 10 malam berturut-turut. ngeeee :D

Okay, so I went to KFC. And it was annoying and frustrating everytime! Tahu kenapa? Kerana saya suka sangat minum hot milo wtf asdfjlk macam dah tak boleh minum milo dekat rumah, pada hal milo fuze berlambak di rak dapur. And its not the food, its not the beverages. Its the daym kfc's hot milo, yang saya suka sangat. hesshh.. everytime pergi kfc mesti minum hot milo, sumpah tak minta iced milo atau bicarbonate drinks.

Tetapi, setiap kali itu jugalah mereka mengecewakan saya. Ayat nak yang paling eye-catching jak, please la. Sumpah saya suka minum hot milo kfc sebab rasa dia lain, hmm cuba la sendiri. tapi jangan di kfc lahad datu, nanti duit tidak berbaloi. Mahu tahu lagi kenapa kfc LD sangat mengecewakan kan? Sebab mereka buat milo sangat cair! Kedekut milo sangat la kot!

Setelah perkara itu berulang-ulang, dan saya sudah penat marah marah dekat pekerja kfc. Maka saya pun mengambil inisiatif lain, supaya duit yang saya laburkan berbaloi. Oleh itu, saya pun hantar la emel kepada customer service kfc. Anda juga boleh buat begitu, sekiranya ada rungutan atau pun pujian, atau pun tidak puas hati dengan kfc. Seperti pekerja kuang ajaq etc, boleh la hantar ke customersrvice@kfc.com.my

So, below is the emel I sent regarding hot milo yang saya suka dan besarkan masalah nya sebab rasa duit saya tidak dihargai serta ingin menunjukkan yang saya orang yang ada etika, moral dan integriti tinggi. Kerana saya tidak akan marah orang tanpa sebab dan kalau mahu marah sekali pun mesti lah di landasan yang betul. Sekali lagi, tajuk emel mesti mau yang hangat jak.
Kemudian dapat balasan sangat laju, esok pagi chek emel. Dalam inbox ada emel dari kfc, hati pun rasa teruja bebelan tidak sia-sia.




Tetapi malang nya, selepas balik dari kursus. Sekali lagi pergi ke kfc yang sama untuk lihat perkembangan menerusi emel yang dihantar, order milo yang sama seperti selalu. Saya tidak melihat apa apa perkembangan atau kemajuan tentang aduan yang saya buat. Dan sesungguhnya, kfc sangat mengecewakan saya. Terpaksa jugak aku terus memarahi pekerja kfc setiap kali pergi ke sana, atau pun cari inisiatif lain seperti beli serbuk milo dalam tin paling kecik dan bawa setiap kali pergi kfc dan cuma mintak air panas segelas. Boleh kan begitu?



p/s: tolong lah bukak mcdonald, baskin robin, atau ice cream yang selalu makan dgn bella di warisan square :)


*dajai